Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

"AKU DAN BUDAK CUTE"

Assalamualaikum

GA lagi..
Tadek keje ke..?
saje je nak menimbang tara luck yang ade...
Sebab sepanjang hampir 28 tahun ni..mane penah kene lucky draw..
nak try luck anak plak la....

GA ni Cik Ija yang punye..
Budak Medic mmg suke berblog ke?
tapi cara derang mmg tunjuk derang pandai la kan...
ewah ko..memuji lbeh2 plak....cara kotor ni..chaittt....

Sape nak join??sile click banner...tak susah mane pon...
ce klik...ce klik..


:

:
:
:
:

Ini saye bersame anaknda kesayangan Aqil Zulhadif...mungkin kalo tengok Aqil,tak caye saye adalah mama die sebab saye tak cun...ahaaiiii,lari topik...Aqil baru nak masuk 5 bulan,tapi die sangat bijak...dah pandai nak ikot ape je ayah buat...dalam kete,nak dok kat seat ayah gak sebab nak pegang stereng dan 'tendang' hon..itu la die...anak ayah :)

Skang nak tag 3 orang:

Contest Baby Cute With Baju Melayu/Kurung

Assalamualaikum

Mari join contest oleh Mama Rayyan...
I very like join contest yang melibatkan Aqil nih...
Walaupon tadek gambar Aqil sensorang,harap Mama Rayyan approve la gambar ni ek...

Cane nak join..?Sile click banner di bawah..
Tu..yang gambar Rayyan cute berbaju melayu pepel kaler....



*
*
*
*
*
*


Nama: Aqil Zulhadif b. Muhammad Zulfadli
Umur: 4bulan 20hari
Nama Mama: Nur Ruzana bt. Bohari

Skang mahu tag 2 orang...

GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN KETIGA - Fisher-Price :The Go Baby Go - Stride to Ride Lion]


Assalamualaikum

Skang plak segmen terakhir...hohoho...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Task: Lengkapkan ayat ini.. "Produk Fisher-Price meyakinkan kerana ......" (tidak melebihi 30 patah perkataan)



Produk Fisher-Price meyakinkan kerana peralatan yang ditawarkan bukan sahaja menghiburkan tapi dalam masa yang sama merangsang pemikiran anak dan mereka dapat mempelajari sesuatu dengan cepat, juga secara kreatif.



GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN KEDUA - Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat]

Assalamualaikum

Skang plak segmen ke dua...hohoho...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Task: Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.



Kehadapan anaknda tercinta, 
    
   Aqil Zulhadif b. Muhammad Zulfadli,Aqil tau nape mama pilih nama ni? Aqil yakni bijaksana, nama ni mama yang pilih sebab mama nak sangat maksud nama ni me'refleks' keperibadian Aqil.. Zulhadif yakni yang mempunyai matlamat, nama ni mama pilih bersempena nama ayah dan mama nak sangat Aqil membesar dengan niat menjadi seorang yang bercita-cita tinggi...

    Mama tak mintak banyak. Mama cume nak mama nak Aqil balas budi semua yang dah tolong Aqil,semua orang yang risau bila Aqil sakit, semua orang yang gembira bila Aqil pandai buat sesuatu. Tak cukup tangan kalau mama nak senaraikan siapa. Senang cite,Aqil buatlah baik kepada semua orang. Kite tak pernah dan tak akan tahu kalau nanti siapa yang Aqil tolong tu,akan tolong Aqil balik. 

  Yang penting, Aqil membesarlah dengan cara yang Aqil nak..Mama ngan ayah cume akan jadi guidance dan tak akan larang ape pon yang Aqil mahukan, seperti cara ayah dan mama membesar dulu..Atok dan tokwan, juga nenek dan tokwan tak pernah atur mama dan ayah dah besar nak jadi ape...tak pernah atur mama dan ayah perlu kahwin dengan siapa..mama dan ayah cume akan bagi pendapat dan melarang jika itu bukan jalan yang betol...

  Sayang, mama dan ayah memang gagal dalam berkata-kata. Bukan tiap hari Aqil dapat dengar mama ucapkan sayang secara lisan, sukar untuk tengok ayah cakap yang ayah sayang Aqil. Tapi jauh dalam hati mama dan ayah, kami sangat sayangkan Aqil. Ayah tak pernah miss cium dan hug Aqil sebelum pergi kerja dan sebaik sampai di rumah selepas waktu kerja. Kami akan cuba bagi yang terbaik untuk Aqil. Maaf sebab mama masih belum ada rezeki nak dapat kerja dan beli macam-macam untuk Aqil. Maaf sebab ayah masih belum ada rezeki nak beli rumah besar untuk Aqil. Tapi mama dan ayah sedang cuba dan akan sentiasa usaha demi kamu. Terima kasih sebab kehadiran kamu di dunia ini membuatkan rezeki mama dan ayah tak pernah putus.

   Akhir kata, jadi lah anak yang bijaksana dan ada matlamat yang baik dalam hidup kamu. Satu hari nanti bila ayah dan mama dah tak ada kat dunia ni, Aqil buatlah mama dan ayah bangga dan bersenang lenang di kuburan nanti.


Salam sayang,
Mama

GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN PERTAMA Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker]

Assalamualaikum

Haritu kan ade join contest my little secret ni.. 
then ade additional task oleh pihak penganjur..sume sekali ada 3 task..so,today saye kongsi kongsi kongsini ya...kongsi kongsi kongsini ya.. task pertama saye...

Saye memang fail bab esei ni..harap2 ke'simple'an esei ni akan mencambah rezeki utk Aqil..
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Task: Kongsikan pengalaman berharga anda mengenai kehidupan indah seorang ibu. Apakah momen yang paling bermakna dalam hidup anda.

Tak pernah saye imagine diri ini pegang baby,mandikan baby dan paling 'serius' susukan baby. Tapi kuasa Allah, lepas kahwin je membuak2 rase nak anak. Sebulan ke dua bulan tapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. Banyak mulut yang berkata itu ini sebab saye dan incik suami adalah berjauhan. Nekad, berhenti kerja demi mahukan anak. Bodoh kerana melepaskan kerja di syarikat yang menawarkan gaji tinggi demi nak anak..? 

Sebulan lepas berhenti kerja, 30 Syaaban saye dikhabarkan dengan 'kemungkinan'ada berita gembira..sebab ujian UPT dibuat oleh doktor biase je,bukan O&G..7 Ramadhan saya dan incik suami dengan sahihnya bakal menjadi ayah dan mama. Hanya selepas 7 bulan berkahwin baru ada berita gembira itu? Tapi saya tahu ada yang Allah rancangkan. Dengan morning sickness yang melampau, low blood dan macam2 sakit, tak terfikir seksanya kalau ketika itu saye masih bekerja dan berjauhan dengan incik suami.

9 bulan lepas berita gembira itu,hati masih tertanya bila si kecik ni nak keluar..?Akhirnya saye dipaksa melahirkan si kecik ni selepas overdue seminggu. Sakit...?Awalnya cuma seperti senggugut tiap2 bulan. Klimaksnya hanya bila si kecik bersedia untuk berjumpa mama dia ni. Alhamdulillah tepat jam 2.27ptg,19 April 2011 saye menjadi mama. Dengar dia menangis dan jelingannya ketika nurse tunjukkan dia kepada saye membuatkan kesakitan itu terus hilang.

Kalo ditanya apa moment yang paling bermakna..?terus terang saye katakan ianya ialah bila pertama kali saye menyusukan Aqil. Pertama kali melekapkan Aqil ke badan,terasa hangat badan dia,bau dia. Sangat mendamaikan,sayu hati seakan tak percaya. Bila dia mula buka mulut dan menghisap, ternampak lesung pipit yang diwarisi dari ayah. Dan paling seronok setiap kali lepas menyusu, dia pasti memberikan senyuman tanda terima kasih. Walaupun terasa penat dan tak cukup tidur, tapi setiap kali dia senyum, rasa diri ini dihargai.

Harini Aqil genap 4 bulan. Macam-macam perangai yang membuatkan mama dan ayah geram. Tapi mama tahu, itu tandanya kamu sedang mempelajari sesuatu. 

Mama dan ayah sayang Aqil.

Contest : Funniest Baby Photo


Assalamualaikum

Demi nak dpt Baby Winter Hat dari Chica Chica Shoppe...saye dengan pantas dan terujanye me'join'kan diri contest ni...
walaupon banyak momento funny Aqil saye tak dapat nak snap,tapi harap2 rambut Aqil ini dapat memberi aura dan secara tetibe menjadikan Aqil sebagai pemenang...


Korang nak join...?
wooosssshhh...
sile rujuk perkara di bawah

******************************************************
Salam & hai semua,
disini kami ingin me'war'-'war' kan dan mengumumkan Chica Chica Shoppe akan menganjurkan 1 contest disamping mempromosikan Chica Chica Shoppe juga dengan berbesar hati teringin nak mencari pemenang utk diberikan hadiah..=)

Contestnya adalah:


Tunjukkan kami your funniest baby photo. syaratnya:
  1. umur yang layak adalah dari 0-5years..
  2. tak kesah anak/anak sedara/sepupu/anak kawan etc
To join:
  1. Marilah Follow blog Chica Chica Shoppe
  2. Klik Like pada Chica Chica Shoppe fb page
  3. Create 1 entry dan letakkan sekeping sahaja gamba baby/kid yg plg funny yang anda rasa. xkesah dalam gamba ade org lain pon xpe..letak nama baby, umur dan story sket psl gamba tu kat bwh..pendek2 je da ok..
  4. link kan entry anda terus ke entry ni..
  5. kemudian tag sekurang2nya 3org untuk join contest ni
  6. dan sila comment kat post ni supaya pihak kami dapat menjenguk entry anda dan menilai..
ape lg, meh la join rmai2..
hadiahnya berupa:
1st price ~ items worth rm80 
2nd price ~ items worth rm60
 
3rd price ~ items worth rm50
 


Keputusannye akan dinilai oleh juri2 yg selayaknya..dan ianya adalah muktamad >_<
Closing Date: 31 August 2011..RAYA
Keputusan akan diumum: September 2011
******************************************************

Gambar ni diambil mase Aqil 1bulan (rasenyela)...time ni pakcik2die datang n saje nak snap gambar die...tp sume dok gelak2kan rambut die cam wolverine...die pulak pelik2 je tengok orang ramai2 n bising2 kat umah...

skang nak tag orang:


okeh...siap..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

same tak rambot...??

GA My Little Secret - Fisher Price.

KakDee telah menemukan GA yang eksaited lagi..
mekaseh kak......

Kali ni dari Puteri-Nuur @ http://puteri-nuur.blogspot.com/



Syarat-syarat penyertaan:
1. Jangan ketinggalan membaca entry dari blog ini terutamanya di bawah label GA - Fisher Price. Anda tidak diwajibkan untuk follow blog ini, tetapi dinasihatkan berbuat demikian ;

2. Anda dipohon untuk tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan-kawan anda untuk menyertai blog ini; dan

3. Sila link penyertaan anda dengan gambar contest ini : dan


4. Entry berikut, adalah berkaitan dengan GA Fisher Price:

Fisher Price - Newborn to Toddler Rocker ;
Fisher Price - The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ; dan
Fisher Price - Healthy Care Booster Seat.


5. Soalan dan hadiah GA akan dimaklumkan dalam satu entry khas.

6. Hanya senarai nama-nama dibawah sahaja LAYAK menyertai GA ini. Sila komen diruangan ini dan nama anda akan disenaraikan. Tarikh tutup adalah 1 Ogos 2011 (Isnin) jam 2.00 petang.

Jom join dan selamat menang BESAR :)


Hokkey..mari kite tengok,sape yang kena:


The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY

Assalamualaikum

GA ni Na nmpk kat entry KakD..
sebab Aqil adalah botak dan berambut sikit,maka Na join la...

GA ni ialah dari Amir @ http://herlifetreasure.blogspot.com
Dibawah adalah syarat2 penyertaan...
Adiah??korang p cekidaut kat website mama Amir :)


THE BALBABY CONTEST

6 JUL - 6 AUG 2011


Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.


First time Amir nak buat contest :) So sebab first time, kita bermula dengan yang paling simple;

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST) as a record of your paticipant.

Contoh:
From no-hair to no-hair-at-all!

Amir Hidayat Syah


Syarat:
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

Simple je kan? :)




AQIL's

Mama kate walaupon botak,saye tetap ensyem boy mama

Aqil Zulhadif b. Muhammad Zulfadli

 

Blog Template by BloggerCandy.com