Assalamualaikum
Tiada cerite Aqil harini
Cuma hati ingin berbicara tentang saham lepas mati
Usai baca episod pertama novel Contengan Jalanan by Hlovate
Baru terasa betapa diri ini jauh dari Allah
Baru terase betapa diri ini sering meminta tanpa ucapan Terima Kasih Allah
Baru terase betapa diri ini sering lupa padaNya bila gembira menyaluti
Baru terase betapa diri ini sering pertikai kenapa Dia tidak beri yang terbaik untukku
Baru terase betapa Dia tidak mengabulkan permintaan dek kerana permintaan adalah dari mulut,bukan sujud menyembahNya dan bukan dari hati yg benar2 tawadduk
Baru terasa mengapa nikmat hilang sedikit demi sedikit bukan kerana Dia tak sayang, tapi kerana diri ini yang tak sayangkan Dia
Kian lupa bila kali terakhir buat sujud syukur atas kurniaanNya...?
Seingat adalah bila dapat kerja..ye...2008 telah lama berlalu..
Hati meronta2 dulu bila rezeki mendapat anak adalah tak nampak bayang..katakan Dia tak adil dan sengaja menguji
Tapi saat doktor mengatakan "Tahniah,anda mengandung 8minggu",selain ucapan Alhamdulillah bermain di bibir,mengapa tidak ada panjatan kesyukuran,sujud kepadaNya yang sayangkan diri ini kerana menguji iman ini.?
Bila diri ini bertarung dengan kesakitan melahirkan Aqil,betapa takotnye akan mati..takotnya nak bertemu Dia..
Tapi bila selamat semuanya...apakah pernah ingat untuk berterima kasih yang tak terhingga kepadaNya yang memberi peluang untuk besarkan Aqil...?
Getar hati ini bila fikirkan betapa ayah perlu menanggung dosa anaknya ini...
Getar hati ini bila fikirkan betapa incik suami menyambung tanggungjawab menanggung dosa si isteri
Hati,kuatlah
Hati,jauhlah dari gangguan syatoinirrajim
Hati,tabahlah jika kamu diuji
Hati,berkomunikasilah dengan akal seiring jika Allah menguji tanda sayang
Hati,janganlah kau jauh dari penciptaMu
Hati,janganlah berubah jika aku berubah
*terima kasih Nana (adik ipar) kerana pinjamkan buku Contengan Jalanan kepada akakmu ini..doakan akak dapat berubah ke jalanNya..semoga Allah memberi balasan yang baik kerana kamu telah membuka hati akak..doakan hati ini tidak berpaling lagi,tapi jadikan ia tidak puas dengan kebaikan...
Credit to: Hlovate
2 comments:
hi..sy silent reader awak.
1st time nk tinggal jejak....
sy peminat novel n salah seorg penulis favorite Hlovate la..Novel2 Hlovate nie mmg byk bg pengajaran... Akak cubalh baca novel2 Hlovate yg lain...contohnyn Rooftop Rant. :p
regards:hDew
Thanks so much..
Post a Comment