Assalamualaikum
Lately badan macam tak sedap..wahahaha...lately ke???ke setiap hari..
Kemon...orang ngandongkan sume tak stabil..fizikal..emosi..kasik chance la nak mengade lebih..
Tapi tu la..ade time yg saket boleh tahan lagi as ni second pregnancy kan...tadek la nak ikotkan sangat..tapi ade saket yang memang tak bleh tahan dan tak leh wat pape contohnye saket gusi kat gigi bongsu nih..
Korang pon tau la cane saket nye saket gigi tu kan? kalo tak ngandung mesti dah telan paracetamol ke..pain killer ke..tapi mase pregnant mane leh suka-suka weh..tahan je la..lame2 die boring,die stop la saket tu..hahaha...padan muke orang tak layan (die = gusi bengkak)
Same goes kalo korang ade saket yang lain. Most of the time doktor akan kasik nasihat je walaupon korang dah cam rase kat kepala ada batu besar atau kat bahu ade cam ju onn bergayut tau kaki ade annabelle..berat dan saket...
Sebab antibiotik tu last resort la kalo betol-betol kritikal. tahap kritikal?saye takleh komen. Kalo nak info lanjut bleh rujuk artikel saya copy dari blog Dr.Zubaidi.
Antibiotik selalu diberikan kepada wanita hamil yang mengalami jangkitan kuman. Ia tidak diberikan kepada jangkitan virus atau jangkitan fungal. Oleh itu penggunaan antibiotic yang berhati-hati boleh memudaratkan ibu yang hamil dan bayi dalam rahim.
Adakah wanita hamil yang dijangkiti meninggalkan penggunaan antibiotic adalah langkah yang bijak? Seorang wanita sedang sakit dan memerlukan antibiotic untuk sembuh, perlu mengambil rawatan antibiotic. Tidak semua rawatan antibiotic merbahaya, ia bergantung kepada jenis ubat antibiotic itu, berapa jumlah dos yang diambil dan berapa usia kehamilan ketika ia diambil. Jika manfaat lebih banyak dari kemudaratan, maka mengambil antibiotic adalah sangat perlu.
Selalunya doktor akan memberikan ubat antibiotic kepada wanita hamil bagi merawat beberapa jangkitan kuman seperti jangkitan kencing kotor (urinary tract infection), jangkitan kuman pada pundi kencing, jangkitan kuman pada ginjal (pyelonephritis) dan appendicitis. Jika tidak dirawat dengan antibiotic, penyakit ini boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam rahim.
Ada banyak lagi jangkitan kuman yang memerlukan rawatan antibitiok bergantung pada pertimbangan seorang doktor. Terdapat beberapa jenis antibiotic yang selamat digunakan oleh wanita yang hamil. Selalunya doktor memberikan antibiotic yang berada di kategori A atau B dalam senarai FDA. Antara ubat antibiotic yang selamat digunakan ketika hamil ialah:
- Amoxicillin
- Ampicillin
- Clindamycin
- Erythromycin
- Penicillin
Ada beberapa ubat yang perlu dielakkan, seperti antibiotic tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Ubat Bactrim dan Septra juga harus dielakkan. Ini kerana Trimethoprim, bahan utama dalam Bactrim dan Septra menghalangkan manfaat folic asid yang sangat penting ketika hamil. Bagi ubat antibiotic nitrofurantoin (atau nama yang dijual di pasaran sebagai Macrodantin atau Macrobid atau Penglobe) tidak boleh diberikan selepas usia kehamilan 36 minggu kerana antibiotic ini memberikan risiko kerosakan pada sel darah merah bayi dalam rahim jika diberikan beberapa hari sebelum bayi dilahirkan.
Sebagai kesimpulan, nasihat saya bagi wanita yang hamil:
- Gunakan antibiotic sebagai pilihan terakhir.
- Elakkan penggunaan antibiotic di usia awal kehamilan, kurang dari 15 minggu.
- Pilih antibiotk yang diketahui statusnya selamat untuk wanita hamil.
- Jangan terlalu banyak makan ubat, gunakan satu ubat yang penting saja dan tinggalkan ubat-ubat yang tidak berapa perlu.
- Gunakan antibiotic pada dos yang rendah dan berkesan.
- Jangan mengambil apa-apa ubat lain yang boleh dibeli dari farmasi atau kedai ubat ketika
- mengambil rawatan antibiotic.
Oleh jika doktor mahu memberikan antibiotic kepada wanita yang hamil, berbincanglah dengan doktor
tentang risiko dan manfaatnya. Wallahu a’lam. (Thanks to Dr.Zubaidi)
Jadi sharing is caring la kawan-kawan...
Plus
Ni untuk trimester 1.. Lebih kurang je kan cam yang nurse kat KKIA kasik?
Time ni baru pembentukan struktur badan dan dalaman baby kan??
Vitalea - memberikan kesan yang sama seperti asid folic & mengandungi iron yang tinggi. (saya pon makan iron yang coklat ke..iberet ke..obimin ke..hb tak pernah tinggi)
VitB - memberikan tenaga kepada ibu
VitC - memberikan ketahanan kepada badan
Osteomatrix - Kandungan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang baby
Bila masuk 2nd trimester, otak baby mula terbentuk dan sel-sel mula bergabung. Ibu perlukan ini.......
Omega - kandungan minyak ikan yang mampu menggalakkan pertumbuhan sel otak dan mengawal paras darah
Bagi saye,saye akan buat atau spend ape saje untuk andaknda yang dalam perot dan luar perot...huhuhu...
So tak salah kalo kite amik jalan alternatif demi kebaikan anak-anak kan??
Mahal sikit takpe sebab produk ni bukan bleh makan mase mengandung je..dah pas bersalin pon boleh continue..
Tak de bajet? hmmmm... saye boleh tolong..
PM/SMS/Line/Whatsapp je k...saye tunggu...
0 comments:
Post a Comment