Kenaikan harge barang membawa kepada kenaikan darah aku

Just copied from Malaysiakini sebab tak leh berfikir secare waras...
!@#$%^&* (bukan memaki)
pasni korang wat plak peratusan rakyat yang BERTAMBAH MISKIN!!!
pasni nak kurangkan online..kurang tgk tv...kurang mandi...tido berpanas...p kedai jalan kaki..
ok babai..i nak p menanges sebab sian kat laki...




Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

3 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
gua setuju ngan post ni..naik barang kalu berani sili buat pilihan raya skrg

nurul huda jumri said...

ntahnye.tensi tul skg ni,minyak asik naik je.nak jual keta beli beskal jela.huhu.

mun said...

hurm...gaji tinggi2 pon tak guna jugak..sbbnya kos sara hidup makin tinggi...laki mun dahle suka isi minyak kete guna ron97..lepas nie jwbnye isi dgn ron95 jelahhhhhh...

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com