GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN PERTAMA Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker]

Assalamualaikum

Haritu kan ade join contest my little secret ni.. 
then ade additional task oleh pihak penganjur..sume sekali ada 3 task..so,today saye kongsi kongsi kongsini ya...kongsi kongsi kongsini ya.. task pertama saye...

Saye memang fail bab esei ni..harap2 ke'simple'an esei ni akan mencambah rezeki utk Aqil..
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Task: Kongsikan pengalaman berharga anda mengenai kehidupan indah seorang ibu. Apakah momen yang paling bermakna dalam hidup anda.

Tak pernah saye imagine diri ini pegang baby,mandikan baby dan paling 'serius' susukan baby. Tapi kuasa Allah, lepas kahwin je membuak2 rase nak anak. Sebulan ke dua bulan tapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. Banyak mulut yang berkata itu ini sebab saye dan incik suami adalah berjauhan. Nekad, berhenti kerja demi mahukan anak. Bodoh kerana melepaskan kerja di syarikat yang menawarkan gaji tinggi demi nak anak..? 

Sebulan lepas berhenti kerja, 30 Syaaban saye dikhabarkan dengan 'kemungkinan'ada berita gembira..sebab ujian UPT dibuat oleh doktor biase je,bukan O&G..7 Ramadhan saya dan incik suami dengan sahihnya bakal menjadi ayah dan mama. Hanya selepas 7 bulan berkahwin baru ada berita gembira itu? Tapi saya tahu ada yang Allah rancangkan. Dengan morning sickness yang melampau, low blood dan macam2 sakit, tak terfikir seksanya kalau ketika itu saye masih bekerja dan berjauhan dengan incik suami.

9 bulan lepas berita gembira itu,hati masih tertanya bila si kecik ni nak keluar..?Akhirnya saye dipaksa melahirkan si kecik ni selepas overdue seminggu. Sakit...?Awalnya cuma seperti senggugut tiap2 bulan. Klimaksnya hanya bila si kecik bersedia untuk berjumpa mama dia ni. Alhamdulillah tepat jam 2.27ptg,19 April 2011 saye menjadi mama. Dengar dia menangis dan jelingannya ketika nurse tunjukkan dia kepada saye membuatkan kesakitan itu terus hilang.

Kalo ditanya apa moment yang paling bermakna..?terus terang saye katakan ianya ialah bila pertama kali saye menyusukan Aqil. Pertama kali melekapkan Aqil ke badan,terasa hangat badan dia,bau dia. Sangat mendamaikan,sayu hati seakan tak percaya. Bila dia mula buka mulut dan menghisap, ternampak lesung pipit yang diwarisi dari ayah. Dan paling seronok setiap kali lepas menyusu, dia pasti memberikan senyuman tanda terima kasih. Walaupun terasa penat dan tak cukup tidur, tapi setiap kali dia senyum, rasa diri ini dihargai.

Harini Aqil genap 4 bulan. Macam-macam perangai yang membuatkan mama dan ayah geram. Tapi mama tahu, itu tandanya kamu sedang mempelajari sesuatu. 

Mama dan ayah sayang Aqil.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com