Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

"AKU DAN BUDAK CUTE"

Assalamualaikum

GA lagi..
Tadek keje ke..?
saje je nak menimbang tara luck yang ade...
Sebab sepanjang hampir 28 tahun ni..mane penah kene lucky draw..
nak try luck anak plak la....

GA ni Cik Ija yang punye..
Budak Medic mmg suke berblog ke?
tapi cara derang mmg tunjuk derang pandai la kan...
ewah ko..memuji lbeh2 plak....cara kotor ni..chaittt....

Sape nak join??sile click banner...tak susah mane pon...
ce klik...ce klik..


:

:
:
:
:

Ini saye bersame anaknda kesayangan Aqil Zulhadif...mungkin kalo tengok Aqil,tak caye saye adalah mama die sebab saye tak cun...ahaaiiii,lari topik...Aqil baru nak masuk 5 bulan,tapi die sangat bijak...dah pandai nak ikot ape je ayah buat...dalam kete,nak dok kat seat ayah gak sebab nak pegang stereng dan 'tendang' hon..itu la die...anak ayah :)

Skang nak tag 3 orang:

Contest Baby Cute With Baju Melayu/Kurung

Assalamualaikum

Mari join contest oleh Mama Rayyan...
I very like join contest yang melibatkan Aqil nih...
Walaupon tadek gambar Aqil sensorang,harap Mama Rayyan approve la gambar ni ek...

Cane nak join..?Sile click banner di bawah..
Tu..yang gambar Rayyan cute berbaju melayu pepel kaler....



*
*
*
*
*
*


Nama: Aqil Zulhadif b. Muhammad Zulfadli
Umur: 4bulan 20hari
Nama Mama: Nur Ruzana bt. Bohari

Skang mahu tag 2 orang...

GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN KETIGA - Fisher-Price :The Go Baby Go - Stride to Ride Lion]


Assalamualaikum

Skang plak segmen terakhir...hohoho...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Task: Lengkapkan ayat ini.. "Produk Fisher-Price meyakinkan kerana ......" (tidak melebihi 30 patah perkataan)



Produk Fisher-Price meyakinkan kerana peralatan yang ditawarkan bukan sahaja menghiburkan tapi dalam masa yang sama merangsang pemikiran anak dan mereka dapat mempelajari sesuatu dengan cepat, juga secara kreatif.



GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN KEDUA - Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat]

Assalamualaikum

Skang plak segmen ke dua...hohoho...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Task: Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.



Kehadapan anaknda tercinta, 
    
   Aqil Zulhadif b. Muhammad Zulfadli,Aqil tau nape mama pilih nama ni? Aqil yakni bijaksana, nama ni mama yang pilih sebab mama nak sangat maksud nama ni me'refleks' keperibadian Aqil.. Zulhadif yakni yang mempunyai matlamat, nama ni mama pilih bersempena nama ayah dan mama nak sangat Aqil membesar dengan niat menjadi seorang yang bercita-cita tinggi...

    Mama tak mintak banyak. Mama cume nak mama nak Aqil balas budi semua yang dah tolong Aqil,semua orang yang risau bila Aqil sakit, semua orang yang gembira bila Aqil pandai buat sesuatu. Tak cukup tangan kalau mama nak senaraikan siapa. Senang cite,Aqil buatlah baik kepada semua orang. Kite tak pernah dan tak akan tahu kalau nanti siapa yang Aqil tolong tu,akan tolong Aqil balik. 

  Yang penting, Aqil membesarlah dengan cara yang Aqil nak..Mama ngan ayah cume akan jadi guidance dan tak akan larang ape pon yang Aqil mahukan, seperti cara ayah dan mama membesar dulu..Atok dan tokwan, juga nenek dan tokwan tak pernah atur mama dan ayah dah besar nak jadi ape...tak pernah atur mama dan ayah perlu kahwin dengan siapa..mama dan ayah cume akan bagi pendapat dan melarang jika itu bukan jalan yang betol...

  Sayang, mama dan ayah memang gagal dalam berkata-kata. Bukan tiap hari Aqil dapat dengar mama ucapkan sayang secara lisan, sukar untuk tengok ayah cakap yang ayah sayang Aqil. Tapi jauh dalam hati mama dan ayah, kami sangat sayangkan Aqil. Ayah tak pernah miss cium dan hug Aqil sebelum pergi kerja dan sebaik sampai di rumah selepas waktu kerja. Kami akan cuba bagi yang terbaik untuk Aqil. Maaf sebab mama masih belum ada rezeki nak dapat kerja dan beli macam-macam untuk Aqil. Maaf sebab ayah masih belum ada rezeki nak beli rumah besar untuk Aqil. Tapi mama dan ayah sedang cuba dan akan sentiasa usaha demi kamu. Terima kasih sebab kehadiran kamu di dunia ini membuatkan rezeki mama dan ayah tak pernah putus.

   Akhir kata, jadi lah anak yang bijaksana dan ada matlamat yang baik dalam hidup kamu. Satu hari nanti bila ayah dan mama dah tak ada kat dunia ni, Aqil buatlah mama dan ayah bangga dan bersenang lenang di kuburan nanti.


Salam sayang,
Mama

GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN PERTAMA Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker]

Assalamualaikum

Haritu kan ade join contest my little secret ni.. 
then ade additional task oleh pihak penganjur..sume sekali ada 3 task..so,today saye kongsi kongsi kongsini ya...kongsi kongsi kongsini ya.. task pertama saye...

Saye memang fail bab esei ni..harap2 ke'simple'an esei ni akan mencambah rezeki utk Aqil..
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Task: Kongsikan pengalaman berharga anda mengenai kehidupan indah seorang ibu. Apakah momen yang paling bermakna dalam hidup anda.

Tak pernah saye imagine diri ini pegang baby,mandikan baby dan paling 'serius' susukan baby. Tapi kuasa Allah, lepas kahwin je membuak2 rase nak anak. Sebulan ke dua bulan tapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. Banyak mulut yang berkata itu ini sebab saye dan incik suami adalah berjauhan. Nekad, berhenti kerja demi mahukan anak. Bodoh kerana melepaskan kerja di syarikat yang menawarkan gaji tinggi demi nak anak..? 

Sebulan lepas berhenti kerja, 30 Syaaban saye dikhabarkan dengan 'kemungkinan'ada berita gembira..sebab ujian UPT dibuat oleh doktor biase je,bukan O&G..7 Ramadhan saya dan incik suami dengan sahihnya bakal menjadi ayah dan mama. Hanya selepas 7 bulan berkahwin baru ada berita gembira itu? Tapi saya tahu ada yang Allah rancangkan. Dengan morning sickness yang melampau, low blood dan macam2 sakit, tak terfikir seksanya kalau ketika itu saye masih bekerja dan berjauhan dengan incik suami.

9 bulan lepas berita gembira itu,hati masih tertanya bila si kecik ni nak keluar..?Akhirnya saye dipaksa melahirkan si kecik ni selepas overdue seminggu. Sakit...?Awalnya cuma seperti senggugut tiap2 bulan. Klimaksnya hanya bila si kecik bersedia untuk berjumpa mama dia ni. Alhamdulillah tepat jam 2.27ptg,19 April 2011 saye menjadi mama. Dengar dia menangis dan jelingannya ketika nurse tunjukkan dia kepada saye membuatkan kesakitan itu terus hilang.

Kalo ditanya apa moment yang paling bermakna..?terus terang saye katakan ianya ialah bila pertama kali saye menyusukan Aqil. Pertama kali melekapkan Aqil ke badan,terasa hangat badan dia,bau dia. Sangat mendamaikan,sayu hati seakan tak percaya. Bila dia mula buka mulut dan menghisap, ternampak lesung pipit yang diwarisi dari ayah. Dan paling seronok setiap kali lepas menyusu, dia pasti memberikan senyuman tanda terima kasih. Walaupun terasa penat dan tak cukup tidur, tapi setiap kali dia senyum, rasa diri ini dihargai.

Harini Aqil genap 4 bulan. Macam-macam perangai yang membuatkan mama dan ayah geram. Tapi mama tahu, itu tandanya kamu sedang mempelajari sesuatu. 

Mama dan ayah sayang Aqil.

2ND CONTEST : THIS IS MY FAMILY

Seperti biase, nak join giveaway adalah sangat mudah....
Kali ni saye nak join Munnyra punye family contest...
Korang pon nak...?senang je... 
Caranye:

1. Jadi follower
2. Postkan entry tentang contest dan sertakan gambar kat bawah ni


3. Letakkan gambar keluarga anda yang the best..kiranya happy momments koranglah.. then letak caption kat bawah gambar tu...(kiranya cite sikit sape dalam gambo tu) tapi ada syarat...syarat2 nye...  
  • bujang ... letak gambar mak..abah..and adik beradik anda
  • dah kawen tapi belum ada anak ... letak je gambo berdua
  • dah kawen dan ada anak ... apalagi susunlah anak2 he he he
  • HANYA SEKEPING GAMBAR
4. Letak banner contest (jangan lupa link kan ke post nie)

5. Jangan lupa send link post anda kat ruangan comment sebelum 27 December 2010 (pukul 12 tgh malam)

Adiahnye?????
WANG TUNAI RM 50 dan OLE-OLE DARI KAMPUNG TUAN RUMAH BERNILAI RM 50


Mekaseh ye Munnyra sebab anjurkan contest ni...


 Saya pilih gambar kawen...ye la..nak tunjuk kami da kawen...tapi lom ade anak...hehehe..

'Outdoor' photography masa sanding belah saye..Sessi ni cume berlaku dibelakang rumah saye gara-gara hujan....Untung ayah peminat kereta lama dan kami ada kawasan laman yg lapang..so itu la yg kami gunakan..(mekaseh kepada incik photographer, Ady yg kreatif dan tak menyusahkan 'customer')..Nape saye pilih gambar ni?Sebab nak tunjuk betapa kuat supportivenye dia yang bernama Suami Saya..

GIVE AWAY "CAYANG IBU"

Ahai.......
Walaupon saye tak sure la (tadek keyakinan langsung pon) saye akan dpt cabutan tu...
Tapi pe salahnye mencube nasib :P. Dibawah adalah cara-caranye:



1. Korang kena menjadi follower blog ni emma86 (emacupcakes.blogspot.com) - done

2. Tag 5 orang kawan-kawan anda supaya follow my blog: - done
3.Senaraikan blog emacupcakes.blogspot.com ke senarai Blog list anda untuk mengetahui perkembangan blog saye...(yup..me suke buat give away )... - done

4.Yang paling penting letakkan Pic korang bersama ur baby or anak..bagi yang belum kawen tu,leh la amik pic bersama anak sedara anda..(anda tergolong dalam golongan ibu saudara..ibu gak kan??) - done

Ni amik mase AjeeQ ngah tggu paksu die mendaftar kat Poli Pauh...ape yang die terkejut...?dengar bunyik kuek-kuek itik yang makngah die (ye..saye la tu..) adiah kan...

5. Korang mesti ceritakan moment gambo tu kat en3 korang (contoh: gambo ni me amik kat cameron masa imanina nakal2..)

6. Anda letak link en3 yang telah anda buat pada post comment en3 ni... - done

7. kat en3 comment nanti jangan lupa letak "sayang imanina" - done





Senang je kan...?maka yang dah di tag itu...mari la...ade sikit ari je lagi nih... C:


.
 

Blog Template by BloggerCandy.com