GA My Little Secret - Fisher Price [SEGMEN KEDUA - Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat]

Assalamualaikum

Skang plak segmen ke dua...hohoho...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Task: Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.



Kehadapan anaknda tercinta, 
    
   Aqil Zulhadif b. Muhammad Zulfadli,Aqil tau nape mama pilih nama ni? Aqil yakni bijaksana, nama ni mama yang pilih sebab mama nak sangat maksud nama ni me'refleks' keperibadian Aqil.. Zulhadif yakni yang mempunyai matlamat, nama ni mama pilih bersempena nama ayah dan mama nak sangat Aqil membesar dengan niat menjadi seorang yang bercita-cita tinggi...

    Mama tak mintak banyak. Mama cume nak mama nak Aqil balas budi semua yang dah tolong Aqil,semua orang yang risau bila Aqil sakit, semua orang yang gembira bila Aqil pandai buat sesuatu. Tak cukup tangan kalau mama nak senaraikan siapa. Senang cite,Aqil buatlah baik kepada semua orang. Kite tak pernah dan tak akan tahu kalau nanti siapa yang Aqil tolong tu,akan tolong Aqil balik. 

  Yang penting, Aqil membesarlah dengan cara yang Aqil nak..Mama ngan ayah cume akan jadi guidance dan tak akan larang ape pon yang Aqil mahukan, seperti cara ayah dan mama membesar dulu..Atok dan tokwan, juga nenek dan tokwan tak pernah atur mama dan ayah dah besar nak jadi ape...tak pernah atur mama dan ayah perlu kahwin dengan siapa..mama dan ayah cume akan bagi pendapat dan melarang jika itu bukan jalan yang betol...

  Sayang, mama dan ayah memang gagal dalam berkata-kata. Bukan tiap hari Aqil dapat dengar mama ucapkan sayang secara lisan, sukar untuk tengok ayah cakap yang ayah sayang Aqil. Tapi jauh dalam hati mama dan ayah, kami sangat sayangkan Aqil. Ayah tak pernah miss cium dan hug Aqil sebelum pergi kerja dan sebaik sampai di rumah selepas waktu kerja. Kami akan cuba bagi yang terbaik untuk Aqil. Maaf sebab mama masih belum ada rezeki nak dapat kerja dan beli macam-macam untuk Aqil. Maaf sebab ayah masih belum ada rezeki nak beli rumah besar untuk Aqil. Tapi mama dan ayah sedang cuba dan akan sentiasa usaha demi kamu. Terima kasih sebab kehadiran kamu di dunia ini membuatkan rezeki mama dan ayah tak pernah putus.

   Akhir kata, jadi lah anak yang bijaksana dan ada matlamat yang baik dalam hidup kamu. Satu hari nanti bila ayah dan mama dah tak ada kat dunia ni, Aqil buatlah mama dan ayah bangga dan bersenang lenang di kuburan nanti.


Salam sayang,
Mama

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com